Home | Sitemap | Contact Us | Login   
 
    » Main » VILLAGES » Kg Jayor

  Kg Jayor

Perkampungan ini adalah perkampongan yang majoriti penduduknya adalah Melayu. Kampung Jayor juga adalah merupakan salah sebuah kampung daripada 3 buah kampung yang dipilih di bawah projek Pagoh ini. Kedudukannya yang jauh ke hulu serta hampir dengan Sg. Pagoh menjadikannya sebuah kampung yang amat strategik untuk dilibatkan dalam projek Pagoh ini. Ketua kampung Jayor adalah En Mohon Bin Reso yang juga merupakan wakil rasmi kampung dalam projek Pagoh. Kini tok ketua Mohon di bantu oleh En Zaaba yang sangat aktif di dalam projek Pagoh ini. Sebanyak 20 orang penduduk kampung ini telah dilatih sebagai River Ranger peringkat Komuniti oleh Global Environment Centre pada 13hb Januari 2008. Kini River Ranger kampung telah memantau kualiti air sungai Pagoh secara berkala di mana setiap bulan hasil laporan dan pemantauan telahpun diserahkan kepada pihak GEC.

Selain daripada memantau kualiti air Kg. Jayor juga mempunyai River Ranger yang sangat aktif dan kini telahpun membangunkan laman web sendiri di peringkat Kampung dengan kerjasama Pusat Internet Desa Pagoh. Blog Kampung Jaya adalah seperti di url berikut dan maklumat berkaitan aktiviti kampung akan dimuat naik dari masa ke semasa.

Ke Halaman Blog River Ranger Kg Jayor tesja.blogspot.com/

     



 Print Friendly